Thursday, 23 February 2012

AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR



Pernah terbaca satu artikel perkara yg patut dilakukan oleh ibu bapa semasa anak sedang tidur. Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak....setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yg mungkin atau 100kali. seterusnya, membaca surah al-fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali. berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatkah berkesan kepada jiwa dan rohnya. ayah dan ibu juga hendaklah menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...