Monday, 27 February 2012

10 'K' Dalam Persahabatan


Kata orang 'Mencari seorang sahabat yang baik lebih sukar daripada mencari 1000 orang musuh'. Sememang nya kenyataan ini benar kerana seorang sahabat yang baik akan sentiasa melindungi dan menjaga keharmonian sahabatnya dalam apa jua perkara, malah ada yang sanggup bergadai nyawa untuk sahabat.

Bagaimanakah kamu ingin memilih sahabat baik daripada kesemua sahabat yang kamu ada?
Ciri-ciri memilih dan membina jalinan persahabatan yang murni!

KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan persahabatan akan mudah rapuh sekiranya tidak wujud kecintaan diantara dua orang insan yang disandarkan kepada Allah SWT. Oleh itu, kita perlulah meluahkan rasa cinta terhadap sahabat dengan mengungkapkan 'uhibbuka' atau 'i  fi llah' (bagi sahabat yg sama jantina) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka kerana Allah.

KASIH SAYANG lebih kurang sama maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat, kita perlulah mencurahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Ada ketikanya kasih sayang kamu itu tidak perlu dipamerkan secara terang-terangan. Cukup sekiranya kamu menunjukkan kasih sayang itu dengan mendoakan perkara2 yg baik untuk sahabat kamu.

KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan itu mendapat keberkatan dan rahmat daripada ilahi. Sekiranya kamu tidak ikhlas ketika bersahabat, ia boleh mengundang permusuhan di antara sahabat. Sebaiknya kamu memilih sahabat berdasarkan budi pekertinya, rasa tanggungjawabnya, keprihatinan dan bukannya semata-mata kerana paras rupa, pangkat atau harta yang dimiliknya.

KESETIAAN terhadap sahabat mampu memanjangkan lagi ikatan persahabatan walaupun kamu jarang bertemu. Apabila kamu setia terhadap sahabat, kesannya sahabat kamu juga akan sentiasa mengingati apa jua pengorbanan yg telah kamu curahkan kepadanya. Ini kerana kamu sentiasa berada disisinya tidak kira susah mahupun senang.

KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam sesebuah persahabatan, kamu hendaklah berani mengatakan sesuatu perkara kepada sahabat kamu itu, apatah lagi tentang perkara2 yg boleh menyakiti hatinya. Kamu hendaklah berani mengaku dan berterus-terang kepadanya atas kesilapan yg telah kamu lakukan. Kamu juga haruslah berani menasihati dan saling menegur sahabat kamu itu.

KEJUJURAN perlu dalam sesebuah persahabatan. Kamu jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa2 daripada pengetahuan sahabat kamu itu. Dengan berkata benar dan jujur, ini akan mengukuhkan lagi tali persahabatan antara kamu berdua. Kamu hanya boleh berahsia perkara2 yg kamu rasa perlu dirahsiakan daripadanya sahaja.

KEMAAFAN merupakan perkara yg perlu ada dalam etika bersahabat. Sekiranya sahabat kamu melakukan kesilapan, kamu hendaklah bersedia untuk memaafkannya, tidak kiralah sama ada kesalahannya itu besar atau kecil terhadap kamu. Sahabat yg baik ialah sahabat yg bersedia untuk memaafkan sahabatnya, begitulah sebaliknya.

KESEDIHAN yg dihadapi oleh sahabat kamu haruslah dikongsi bersama. Apabila kamu mengetahui sahabat kamu itu berada dalam keadaan berdukacita, kamu sebagai sahabat hendaklah sentiasa berada disisinya. Kehadiran kamu itu sekurang-kurangnya dapat meringankan kesedihan yg ditanggungnya dan dalam masa yg sama ia boleh meringankan bebanan yg dipikulnya itu.

KEGEMBIRAAN yg hadir dalam diri sahabat kamu itu, memberi makna yg kamu juga rasa gembira. Pasti kamu rasa senang apabila melihat sahabat kamu bergelak ketawa dan sentiasa mengukir senyuman yg indah pada raut wajah mereka.

KESERASIAN merujuk pada persamaan mahupun 'sekepala' dalam apa jua yg kamu dan sahabat lakukan bersama. Dengan wujudnya keserasian ini, aktiviti yg kamu lakukan bersama akan menjadi lebih mudah dan lancar. Malah keserasian ini akan mewujudkan persefahaman antara kamu dan sahabat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...