Inginku lupakan peristiwa semalam
Yang membuat diriku dan dirimu suram
Bukan niat membuatmu muram
Hanya sekadar meluah apa yang terpendam
Agar diri terasa tenteram
Namun begitu ku rasa kelam
Ku harapkan cahaya itu takkan padam
Malah marak seperti cahaya semalam
Bagai menyelam ke dasar yang dalam
Sedalam-dalam hati yang memendam
Namun tetap cuba ku faham
Harap dirimu juga menyulam
Menyulam cinta yang terdalam
Takkan kisah peristiwa semalam
Kerana hanya sekadar kusam
Janganlah engkau hanya berdiam
Pabila sang hujan datang meminjam
Biarkanlah ia terus menyiram
Hanya sekadar menyunting salam
Ini cumalah peristiwa semalam :(

No comments:
Post a Comment