Thursday, 5 January 2012

5 Amalan untuk lahirkan anak genius

Kecerdasan IQ amat dititik beratkan oleh setiap ibu bapa. Masakan tidak, semua ibu bapa mahu melihat anak2 mereka membesar menjadi orang yg cerdik pandai dan bisa dibanggakan. Justeru, bagi mereka yg mampu, pelbagai cara dilakukan demi melihat peningkatan berterusan dalam asper ini.

Pelbagai pusat yg menawarkn perkhidmatan tuisyen dan kelas tambahan akan menjadi tumpuan. Tahukah anda bahawa perkembangan IQ boleh dirangsang sejak di dalam rahim ibu lagi?
Menurut kajian, bayi sudah mampu mengesan perubahan yg berlaku dipersekitarannya dan bertindak balas terhadap rangsangan yg diberikan sewaktu di dalam kandungan lagi. Berikut merupakan amalan yg boleh dilakukan oleh ibu sewaktu hamil utk merangsang pertumbuhan minda bayi.

1. Banyakkan bertaubat dan melakukan kebajikan
Taubat daripada sebarang kesalahan dan kesilapan yg dilakukan. Sebagai hamba, inilah perkara yg wajar dilakukan setiap saat dan ketika. Kerendahan hati akan terhasil kesan drpd bertaubat taubat yg ikhlas.
Seterusnya merapatkan kita dgn Allah. Insyaallah, setelah tiada lagi penghalang antara kita dgn Allah akbat dosa2, doa mudah dimakbulkan. Keadaan kita yg bersih drpd dosa merupakan satu keadaan yg sgt positif. Hati akan lebih tenang dan wujud pergantungan yg bulat dgn Allah. Keadaan tenang ini membantu saraf2 minda si manja berkembang dgn baik dan lancar.

2. Menjaga Akhlak
Akhlak ialah buah drpd iman dan ibadah yg ikhlas kerana Allah. Akhlak yg baik akan membentuk persepsi kehidupan yg baik juga dalam kehidupan anak-anak kita. Bayangkan jika dirumah percakapannya teratur kerna terdidik dgn kebiasaan persekitaran yg dibentuk oleh ibu bapa dirumah.
Begitu jugalah pengaruh tersebut akan meresap dalam diri anak-anak dan dibawa menjadi peribadinya diluar rumah. Percakapan dan tingkah laku ibu sewaktu hamil amat dekat dgn bayi. Jadi, tingkah lakunya terjaga akan memberi rangsangan dan isyarat positif kepada minda anak.

3. Menjaga Emosi
Kedudukan bayi sewaktu di dalam kandungan yg sgt intim dgn ibunya memungkinkannya mengetahui setiap emosi yg dirasai oleh ibunya. Emosi yg baik membantu perkembangan dan pertumbuhannya yg baik sebaliknya, kedudukan emosi ibu yg tidak seimbang menganggu perkembangan bayi.
Persediaan utk hamil sgt penting bagi seorang wanita. Kesediaan ibu utk hamil akan mempengaruhi keadaan emosinya ketika hamil. Ibu yg bersedia akan tampil lebih ceria dan positif sepanjang tempoh kehamilan.
Keadaannya yg ceria, menyebabkan penghasilan hormon yg memberi ketenangan kpd bayi. Disini bayi dapat merasakan emosi yg dirasai oleh ibu. Keceriaan dan ketenangan yg dirasai oleh mereka membantu melancarkan pertumbuhan minda yg sedang pesat berlaku.
Ibu yg tidak bersedia utk hamil sering merasa terbeban dgn kandungan. Ironinya, perasaan ini akan sampai dalam pengetahuan bayi kita melalui rembesan hormon yg terhasil akibat perasaan tertekan dan negatif ibu tadi.
Bukan itu sahaja pertumbuhan mindanya turut terjejas disaat itu. Justeru, elakkan keadaan ini, belajat utk cepat menerima dan redha dgn ketentuan ilahi. Sokongan dan komitmen padu yg ditunjukkan oleh suami khususnya dan kaum keluarga amat diperlukan untuk menghadapi situasi ini.

4. Diet Sihat dan Makanan Halal
Mengawal dan mengamalkan diet yg sihat dan memastikan pengambilan makanan yg halal dan bersih. Makanan yg dimakan oleh ibu akan digunakan utk pertumbuhan tubuh dan minda bayi.
Jadi, bagi menghasilkan pertumbuhan minda dan jasmani bayi yg cerdas dan sihat pemilihan makanan memainkan peranan yg sgt penting. Keadaan kesihatan ibu sepanjang mengandung juga memainkan peranan yg sgt penting.
Tanpa kesihatan yg baik, keadaan pertumbuhan minda bayi juga turut terjejas. Kawal pemakanan dan pilihlah makanan yg memberi nutrisi yg seimbang utk anda dan bayi. Nutrisi yg cukup membantu melancarkan perkembangan mindanya.


5. Rangsanagn bayi dengan sentuhan dan kata-kata yang positif
Sentuhan dan kata-kata positif merupakan elemen kasih sayang yg amat keramat dalam perhubungan ibu dan anak. Sentuhan ini menandakan kasih sayang yg melimpah ruah untuk anak.
Manakala kata-kata positif membentuk persepsi mindanya utk membina imej positif miliknya. Setiap anak yg dilahirkan dimuka bumi ini berasal daripada fitrah. Suci tanpa sebarang cela. Sifatnya hebat, kuasa positifnya optimum.
Kata-kata yg positif bukan sahaja datangnya drpd ibu, mungkin daripada ayah dan kaum keluarga yg lain dan juga daripada medium-medium lain contohnya alunan muzik atau alunan ayat-ayat suci Al-Quran. Muzik yg bersifat klasik boleh merangsang pertumbuhan minda bayi kerana nada yg terakam di dalamnya menyamai gelombang alfa 8 ohz iaitu getaran otak yg damai dan tenang. Dalam islam, alunan zikrullah juga menyamai gelombang tersebut. Oleh itu, kenalkan bayi kita dgn Allah seawal dalam kandungan sekaligus merangsang mindanya dgn alunan tersebut. Keadaan bayi yg tenang memberi peluang kpd saraf2 mindanya berkembang dgn tenteram tanpa sebarang gangguan.
Perkembangan minda bayi berlaku dgn bayi sewaktu keadaannya tenang dan damai.Keadaan ini hanya boleh tercapai dgn stimulasi positif yg diberikan oleh ibu sewaktu proses kehamilan berlaku. Keadaan emosi, minda, fizikal dan spiritual ibu yg benar-benar bersdia dan tenang dapat memberi isyarat positif melancarkan perkembangan minda si manja. Justeru, untuk melahirkan anak yg genius sebenarnya bermula daripada anda.


p/s : Sekadar pengetahuan dan perkongsian bersama Artikel ini sumber dari majalah Mingguan Wanita January 2012

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...