Friday, 27 January 2012

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki..

Dasyat sungguh perempuan ni... banyak perkara yg mana pompuan lebih suka difahami secara tersirat. Ye ke tak sempat bagitau? silakan baca...

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan MAAF.

3. Wanita sukar nak cari benda yg dia benci tentang orang yg paling dia sayang, (sebab itu ramai wanita yg patah hati bila hubungan putus di tengah jalan)  

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dgn seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada difikirannya walaupun ketika dia keluar dgn lelaki lain. 

5. Bila lelaki yg dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian. 

7. Jika kamu tidak suka dgn gadis yg sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dgn lembut, jgn berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yg kamu xakan tau bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa sahaja.

8. Sekiranya seorang gadis, menjauhkan diri dari kamu selepas kamu menolak cintanya, biarkan dia untuk seketika, Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yg mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan, dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yg mereka ini langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yg dicintainya dalam diam memberikn respon positif, misalnya menghubungi melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik sahaja ganggang diletakkn, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. (update status di facebook)


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dgn persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dgn lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan kamu.


16. Tetapi jika dalam masa yg sama dia menghubungi kamu atau menunggu panggilanmu, teruskan usaha untuk memikat. 


17. Jangan sesekali mengagak apa yg dirasakannya. Tanya dia sendiri!!!


18. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. 


19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yg paling romantik untuk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin-rajinlah tangan menyelak buku-buku cinta.


20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yg dicari oleh wanita ialah siapa yg berdiri di sebelah buah hatinya. 


21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada difikirannya tetapi lelak yg dicintainya sekarang akan berada ditempat teristimewa iaitu dihatinya!!!


22. Satu ucapan hi/Assalammualaikum sahaja sudah cukup menceriakan hatinya.

23. Teman baiknya, saja yg tahu apa yg sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yg berbaik-baik dgn mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yg paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan seorang lelaki yg cintakan mereka sepenuh hati.


27. Senjata wanita adalah airmata!!!


28. Wanita suka jika sesekali orang yg disayangi mengadakan surprise. Mereka akan merasa terharu dan merasakn bahawa dirinya dicintai setulus hati. 


29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yg ambil berat tentang mereka dan baik terhadap dirinya.

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yg dia mahukan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh hati.





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...