William Kellie Smith dilahirkan di Dallas, Scotland pada 01 MAC 1870 dan datang ke Malaysia ketika berumur 20tahun utk mencuba nasib. Kellie adalah nama kpd ibunya. Pada 1905, Smith mendirikan kediamannya yg pertama, Kellie House. Pada 1909, batu asas istana kedua didirikan sebagai simbol keagungannya. Beliau menggunakan khidmat 70org pekerja yg kebanyakannya dari Madras. Batu bata dan marmar yg digunakan, adalah diimport dari Italy. Tetapi semasa pembinaannya satu tragedi telah menimpa dan mengorbankan ramai pekerja Smith. Mengikut kepercayaan kaum India kuil harus dibina bagi mententeramkan tuhan mereka. Istana lama ini juga mempunyai 6 tingkat menara, sel menyimpan arak. tiang-tiang kukuh, arca Moorish dan diding yg mempunyai seni ukir Greco Roman. Terdapat juga ruang legar di tingkat atas untuk berparti dan juga shaft lift yg pertama di Malaya. Dalam kunjungan ke Lisbon, Portugal, semasa berumur 56tahun, Smith diserang penyakit Pneumonia dan meninggal dunia. Kerja-kerja terhenti pada Disember 1926 akibat kematiannya. Isterinya menjual semua hartanya di Malaya dan dgn peredaran waktu, istana ini kemudiannya bersemadi dalam kenangan. walaubagaimanapun bangunan ini tidak dapat disiapkan. Hari ini, penemuan semula istana yg dikenali sabagai Kellie's Castle, masih tegap berdiri walaupun telah dimakan usia.
Mungkin ada benarnya mengikut cerita dahulu kala yg mengatakan semangat roh William Kellie Smith masih merayau-rayau disepanjang koridor istana ini.
Jom layan gambar yg sempat dirakamkan...
| pokok nie ada sejarahnya tersendiri... |
No comments:
Post a Comment