KRONOLOGI PERALIHAN DALAM BAHTERA PERKAHWINAN
1. AWAL PERKAHWINAN -
- best, seronok , indah , semua yang best
- tengah honeymoon, berbunga2 ,
- baru nak mengecapi nikmat hidup berdua ,
- penyesuaian kedua pasangan dalam melayani kerenah msg2..
2. KEDATANGAN ZURIAT DAN PROSES PEMBESARAN ZAMAN KANAK2 MEREKA
( ujian paling berat dalam perkahwinan )
- tekanan makin tinggi dalam keperluan mencari rezeki dan perolehan yang lebih baik
- kesibukan dalam menstabilkan tanggungjawab dan kewajipan seiring dalam membahagikan masa dan kasih sayang
- ujian datang apabila diri dalam tekanan menaikkan taraf hidup , dugaan menyantap hidup dengan sajian hiburan dan pengaruh luar seperti rakan2 sebagai medium atau pendekatan untuk melepaskan tekanan
- ujian lebih bertambah dengan kerenah anak2 yang benar akan menguji kesabaran ibubapa menanganinya tanpa ia menjadi sebab ibubapa lari dari tekanan tersebut dengan perkara2 yang sia-sia
- ujian buat pasangan adalah keintiman, kemesraan , dan kehangatan sesama akan mula pudar sedikit demi sedikit andai tidak dipandang serius akibat dari kesibukan dan keletihan melaksanakan terbaik untuk keluarga
Peringkat ini paling kritikal dan bahaya , kerana terlalu banyak perkara da faktor menjadi menyebab dan penuju arah pada sesuatu yang boleh mendatangkan masalah kepada perkahwinan/rumahtangga . Pada peringkat inilah , kebiasaannya , masalah pelbagai datang; contoh ;
-suami mula cari habit berhibur dan lepak menghabiskan masa bersama rakan2 , - - pasangan mula terdedah kepada perkara2 yang menjurus kecurangan ( ditambah dgn status ,
- pengalaman dan wang yang lebih baik untuk hebat sebagai lelaki..) ,
- isteri mula menjeruk rasa dan mendidik diri dengan sikap2 pemberontakan akibat tekanan dari pelbagai sudut .
- pada peringkat ini , risiko untuk sebuah rumahtangga itu runtuh cukup tinggi , andai tiada kesedaran, tiada kawalan , tiada usaha menanganinya dengan jalan yang baik..( tak hairanlah banyak penceraian berlaku ketika anak2 masih kecil , masih membesar..)
3. PERINGKAT AWAL MATANG PERKAHWINAN ( ketika perkahwinan mencecah 20 tahun ke atas )
- pasangan sudah mula turun keaktifan dalam kesibukan mencari rezeki , malah ramai sudah ada di peringkat stabil yakni status yang baik , simpanan yang baik dan sebagainya..hutang pun dah berkurang..
- anak2 sudah remaja dan dewasa , mula meninggalkan kehidupan ibubapa untuk pelajaran dan kehidupan seterusnya
- ibubapa semakin lebih relaks , mula menjengah untuk kembali rapat hubungan setelah banyak tekanan berkurangan , apatah lagi banyak masa berdua telah dapat diperolehi
- ketika ini ramai juga yang mampu kembali ke pangkal jalan dan menyibukkan diri dengan agama sebagai bekalan dan menginsafi dosa2 akibat kelalaian dalam perintah ALLAH selama sibuk dengan urusan dunia
4. PERINGKAT MATANG PERKAHWINAN ( usia perkahwinan menjengah lebih dari 30 tahun )
- kasih sayang melimpah ruah dengan penambahan ahli keluarga ( anak menantu, cucu dan sebagainya )
- hidup lebih ceria kerana segala penat lelah telah terubat andai kehidupan menjadi lebih baik seperti yang diimpikan
- ramai mendapat ketenangan terutama dalam beribadah dan menambah2kan amalan
- malah ramai yang terjebak penceraian/perpisahan kembali bertaut kasih mereka akibat dari ketenangan dan keinsafan dalam diri
- ketika ini , suami isteri lebih banyak dapat bersama , berkongsi rasa, berkongsi kisah suka duka , berkongsi segalanya , tak hairanlah ramai juga 'bercinta semula di usia emas mereka...
Sebenarnya , Islam itu sempurna , ISLAM itu indah , malah perkahwinan dalam ISLAM itu satu ibadah , satu pendidikan terbaik mengajar erti kehidupan . Pengajaran dari renungan ini , andai kita memilih agama sebagai pegangan dan amalan, ketaatan kpd ALLAH dan Rasul , dan menjadikan ia satu ibadah DARI AWAL LAGI , nescaya pasti kita berbangga banyak perkara yang indah , banyak ganjaran kita perolehi selama hayat kita di dalamnya .
Tetapi andai kita di kalangan orang-orang yang lalai, maka banyak perkara yang kita terlepas , banyak perkara yang kita hilang , bertahun-tahun . Tapi andai kita masih diberi kesempatan masih bernafas untuk bertaubat dan membetulkan kesilapan, maka bersyukurlah kerna masih ada insan yang tidak mendapat keuntungan , ajal mereka sampai sebelum mereka dapat betulkan apa2. Andai kita telah tersilap , jadikan ia satu pengajran dan pendidikan terbaik dari ALLAH untuk kita menjadi lebih baik di sisiNYA . ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN DAN MAHA MENGETAHUI APA YANG KITA TIDAK KETAHUI..SETIAP ujian itu tetap ada hikmahnya..
Sesungguhnya ajal maut di tanganNYA , entah esok entah lusa , entah di peringkat mana kita berada , entah sempurna atau tidak amanah dan amalan kita persiapkan . Itu yang kita kena renungkan.
Kenapa memilih dan menunggu TUA KITA , sedangkan kita boleh memilih SEKARANG . Mari sama2 kita perbetulkan apa yang salah , apa yang terlepas, agar kita tak kerugian , kita tak terlepas lebih banyak lagi , agar kita tidak menyesal di kemudian hari .
Sama2 kita lihat dan renung pasangan dan anak2 ketika tidur mereka dan kita tanyakan pada diri apa kita nak jawab andai banyak persoalan ALLAH tanyakan di akhirat nanti...Mereka adalah AMANAH dari DIA, kepada DIA mereka datang , kepada kita mereka diamanahkan dan kepada DIA kita akan serahkan kembali dengan harapan ia dalam keadaan yang terbaik dari kita....Renung2kan
Wallahualam.Insya ALLAH. Semoga dapat muhasabah bt diri jua..amin
No comments:
Post a Comment