Friday, 9 December 2011

Didikan Anak

Assalammualaikum...

Kat sini nak kongsi skit tips didikan anak2... sekadar untuk kongsi dgn anda dan peringatan untuk diri sendiri dalam mendidik anak...
- rasanya kalau gaduh adik-beradik tue cthnya macam berebut barang selalunya kebiasaan... mereka perlu biasakan diri untuk merasai perkongsian barang atau apa saja dgn adik beradik. Kekadang ibu bapa atau orang dewasa xperlu masuk campur...
Situasi ini pernah dialami antara Hadif & Danish. Kebetulan masa time dorang berebut barang (abang rampas mainan kat tangan adik) saya tgh makan. so, malas nak layan sangat dorang punya gaduh tue. saya cuma cakap "abang tolong pujuk adik, nape bt adik macam tue" pastu dgn sendirinya abang pujuk adik... kongsi mainan sesama. adik pun berhenti la menangis....

Kat bawah nie ada skit tips (diambil dari beberapa blog & beberapa gubahan sendiri)
selalunya macamtule ibubapa terbiasa menyelitkan dialog label2 ni pada anak2. dari anak tu kecil dah mula sebut; (yang font merah tu alternatif lebih baik)

“MALAS BETUL KAU ni, sikit2 tengok TV, bacalah buku tu, kan periksa nak dekat ni!”
-bawak sini buku kerja matematik tu, mak tolong ajarkan-

“DIAM, MENGADA2LAH KAMU ni, jatuh sikit nangis, kena marah sikit nangis”
-sakit kat mane? meh mak tengok, if darah kita letak ubat ye-

“macam nenek tak tau apa mat buat kat sekolah tadi, mat belanja kawan2 guna duit mak ye?, TAK HABIS2 MENCURI kamu ni, besar nak jadi apa?”
-petang tadi makan dengan kawan2 ye? ada kawan mat yang miskin? baikla mat ni. if mat nak duit bagitau nenek ye. takpun kita boleh ajak kawan mat makan dirumah-

“jangan melawan bila papa tengah cakap, nak jadi anak derhaka?”
-ok adi cerita dulu apa masalah adi, papa nak dengar-

“dah bodoh tu bodoh juga, belaja kuat mana pun sure dapat nombor last dia dalam kelas”
-takpe, ibu dah tengok anak ibu memang dah usaha belajar, nombor tak penting untuk nilai anak ibu yang kuat semangat ni-


ni hanya sebahagian kecil kenyataan yang sering diulang2 di hadapan mahupun belakang anak2. lama kelamaan memang benar anak2 akan menjadi seperti yang kita labelkan itu. bukankah kata2 itu doa, apatah lagi dari mulut seorang ibu?

pada pendapat saya, anak2 especially bawah 6 tahun mereka tidak faham masalah sikap yang negatif . mereka hanya buat berdasarkan sifat semulajadi kanak2. mereka tak tau benda tu betul ke salah ke. mereka sekadar menunjukkan cara mempertahankan hak atau menyampaikan rasa hati. mereka juga bertindak berdasarkan pemerhatian sekitar. samada dilakukan oleh orang terdekat atau dilihat dalam media. anak2 kecil tidak banyak pilihan untuk dicontohi kerana perkembangan dunia mereka masih kecil.mereka juga tidak cekap dalam membuat pertimbangan samada perkara itu dibenarkan, disukai, digalakkan dan lain2.

untuk menangani isu ini, sebaiknya kita orang yang lebih tua, lebih terbuka, sabar, dan menunjukkan alternatif kepada sikap negatif itu. Jangan kita mengambil jalan pintas dengan terus melabelkan mereka yang buruk2, percaya tak anak yang tidak tahu maksud perampas sebelum ni akan jadi perampas selepas itu kerana mereka telah diajarkan nilai diri yang baru!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...