Wednesday, 2 November 2011

8 Sebab Kenapa Bertudung Lebih Baik

1) Tuntutan agama - Putri Rasulullah menanyakan apa yg dilihat ayahandanya " Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya. Otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
 Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? Rasulullah menjawab "Wahai putri ku, adapun mereka yg tergantung rambutnya sehingga otaknya mendidih adalah wanita yg tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yg bukan muhrimnya. 


2) Mengurangkan dosa - Sehelai rambut yg diperlihat kpd seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kpd 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yg anda hadapi setiap hari?


3)Lebih pintar dan tenang - Kepala yg dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yg sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.


4) Tidak membazir- Tidak perlu pening2 kepala membazirkan masa nak meluruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampoo, pewarna mahal atau pergi ke salun.


5) Lebih sopan dan manis - Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (jadi korang ada value added sebenarnya)


6) Rambut lebih tahan lama dan sihat - Fakta : rambut yg terdedah kpd sinaran UV akan merosakkan rambut, walaupun anda memakai shampoo pelindung, hakikatnya shampoo itu sendiri mengandungi bahan kimi merosakkan.


7) Menjadikan diri anda "MAHAL" - kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah yg sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.


8) Lebih dihormati - wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi.









p/s saje nak sambung skit dari entry Alasan Tipikal Wanita yang enggan Menutup Aurat

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...