Saturday, 22 October 2011

"Kau Ada Facebook? Apa Nama Facebook Kau?"

Ini adalah soalan wajib masakini yg biasa kedengaran drpd mulut kenalan atau sahabat, samaada yg sudah lama dikenali mahupun yg baru.
Siapa sahaja yg xkenal atau tiada akaun facebook akan dianggap kolot.
Sebagai salah seorg rakyat Malaysiayg kononnya sentiasa m'ikut trend dan xmahudituduh kolot, aku juga turut t'jebak dgn fenomena di facebook ini. Walaupun adakalanya dikaitkn dgn pelbagai gejala negatif, pd pendapat aku, facebook juga ada kebaikannya, terutama utk m'eratkn silaturahim sesama insan dan m'promosikn perniagaan.
Sebagai manusia, masing2 mempunyai sebab dan kriteria t'sendiri utk memilih siapa utk m'jadi kawan.

PERSOALANNYA, BAGAIMANA MEMILIH SIAPA UNTUK MENJADI RAKAN DI FACEBOOK?

untuk permulaan, saya akan kongsikan kpd anda kriteria atau sebab apakah yg boleh m'buatkn saya (atau sesiapa pun) t'potong stim utk tidak memilih lalu menolak seseorg drpd m'jadi rakan di facebook. saya pun b'harap panduan ini juga digunakan utk kita sama2 m'gunakan laman sosial dgn cara yg betul serta lebih berhemah.

1. MANUSIA HALIMUNAN
- alamak beb... kalau xde gambar  macammana gua nk kenal camana rupa lu kan?! ke lu ni manusia halimunan yg macam dalam cerita wayang tu? Sori ye... kalau gambar pun lu dah kemut, bagaimana plak gua nak harap lu buat benda yg kawan2 patut buat pd kawan yg lain!

2. AKU KAYA! TENGOK GAMBAR DUIT AKU NI!
- Ya saya tahu Encik ini kaya-raya dan berharta. Saya nampak gambar duit Encik b'kepok2, b'susun2 penuh satu meja sampai adakalanya melimpah2 sampai ke lantai. Saya percaya Encik berjaya dalam bisnes MLM, internet dan sebagainya serta berharap saya juga sudi turut serta dalam perniagaan tersebut lalu menjadi kaya-raya seperti Encik.
Tapi tidakkah Encik fikirkan keselamatan Encik dan keluarga? Mungkin ada penyangak yg t'nampak lalu terliur dgn segala wang dan harta benda yg Encik miliki. Saya juga lebih risau kalau penyangak tersebut juga menyangka saya juga semasyuk Encik semata-mata kerana kita berkawan! 
Maaflah ye, saya lg heran dgn nyawa saya drpd harta Encik tu! 

3. SAYA BENCI SPAMMER!!!
-  Aikk?! Baru sehari berkawan terus aje wall dicemari iklan dan pelbagai gambar produk! Ini belum lg dikira dgn inbox. Kalau sekali dua bolehlah dimaafkn. Boleh dikatakn hampir setiap hari saya mendapat 'surat cinta' drpd awak yg sarat dgn mesej meminta saya mengeluarkan wang drpd poket. Tak cukup dgn itu, adakalanya iklan yg dihantar penuh dgn kata2 b'lagak, kasardan sarkastikyg menyatakan betapa bodoh dan ruginya saya kalau tak membeli produk awak!
Tak salah nak b'niaga di facebook. Tapi cubalah lakukan dgn adab dan intergriti. Biar saya b'kenalan dan berkawan dulu dgn awak. Bukankah kita lebih senang dan selesa utk berurusniaga dgn org yg kita kenal dan percaya?

4. Ni facebook ke atau playboy?
- Maaf ye Encik… saya terpaksa tak approve atau meremove encik daripada senarai kawan facebook saya ini. Kenapalah cik letak semua gmbr yg seksi-seksi, tersembul-sembul, membuak-buak bagai nak terkeluar  segalanya sambil beraksi tercungging-cungging dan terbalik-balik tu di facebook?
Tak pasal-pasal dapat dosa kering kerana terbayang yg bukan-bukan.

Kalau terdesak sgt nak berlaki, ini bukan caranya. Jantan-jantan kabaret diluar sana xberminat nak beristerikan perempuan yg nampak murah seperti cik ini…. Hanya akan dijadikan permainan utk mengisi masa lapang mereka shj
Dari mata turun ke hati. Kalau hati dah rosak, binasalah kesemuanya. Sungguh pun saya bukannya baik sgt… tp saya masih menjaga tatasusila n adab sopan seorg perempuan Islam.

5. Cayalah… tak sangka artis pun nak kawan dengan aku!
- Fuhh!! Sungguh tak percaya ramai artis macam lisa surihani, scha al-yahya, aishwarya rai, Angelina jolie n artis2 korea sibuk berebut-rebut nak add aku jd friend diaorg. Korg tak percaya? Cuba korg tgk gmbr profile dgn album diorg ni… betul tak?
Tapi aku pelik gak… apasal gmbr diorg ni mcm byk je aku jumpa kt internet?
Lagi satu, apasal nama diorg ni lain? Pastu artis2 korea ni semuanya pandai tulis post n komen dalam bahasa melayu…
Takkan lah ada org menyamar jd diorg kot? Tak mungkinlah…..

Nota: Sila gunakan gmbr sendiri  utk profail atau album anda. Kalau malu pun, letaklah walau sekeping dua aje agar rakan tak terkeliru. Seandainya masih mahu mempertahankan gmbr berupa artis, bunga, selipar atau kereta mewakili diri, sila add mereka yg benar2 mengenali anda shj.
Jadilah diri anda sendiri. Sebagai kawan, saya menerima anda seadanya, walau apa jua rupa anda. Jika nak privacy sgt, tak payahlah join social network!!

6. Kenapa mak ayah namakan awak macam nama syarikat?
- Ini lagi satu masalah. Tak sangka plak dalam dunia ni ada jugak orgyang dinamakan sempena nama syarikat. Adakah ini salah ibu bapanya yang tersalah memberi nama?
Atau mungkin jaga salah Jabatan Pendaftaran Negara tersilap taip namanya ketika pendaftaran surat beranak? Mungkin jugak... Kalau dalam daftar SPR pun boleh ada nama Kampung Baru sebagai pengundi, tak mustahil kalau benda bodoh macam ni boleh berlaku!

 Nasihat saya, kalau nak promosi perniagaan/kelab/produk sila daftarkannya sebagai Facebook Page. Percuma dan tiada bayaran dikenakan. Percayalah, tiada manusia di dunia ini ingat dan mengaku mempunyai kawan yang bernama Perniagaan Batu Nisan Mizi Mujin Sdn Bhd.

7. Kau diam membisu seribu bahasa....
-Saya tak kenal awak  Awak pun mungkin tak kenal saya. Awak berminat nak jadikan saya kawan dalan facebook. Saya terima pelawaan awak. Sesudah beberapa bulan saya tak nampak langsung kelibat awak di facebook. Awak tak pernah berinteraksi langsung dgn saya. Saya juga tak nampak apa-apa jua aktiviti awak samaada di wall awak sendiri maupun bersama rakan-rakan facebook awak yang lain.

Adakah awak sudah meninggal dunia? Mustahil rasanya kerana satahu saya pengaktifan akan dilakukan Facebook sekiranya akaun tidak dibuka dalam tempoh 3 bulan. Atau adakah awak sedang menyertai "Pertandingan Siapa Ada Rakan Facebook Terbanyak", yang mana saya ini sekadar untuk menunjukkan kepada dunia bahawa awak ini popular dan ada beribu-ribu kawan?

Maafla ye... saya hanya berminat untuk berkawan dengan mereka yg hidup dan boleh berinteraksi sahaja. Kalau anti sosial, lebih baik join ANTI SOSIAL NETWORK!

8. Saya Pandai! Awak Bodoh!
- Ini satu lagi spesis yg tak digemari ramai. Dalam post atau komennya sentiasa shj mengutuk atau mengondem orang lain. Orang lain semuanya salah dan dia saja yg best. Janganlah ada yg berani yg mencabar. Samaada you're with me or you're against me! 
kalau dalam perbincangan mengenai sesuatu isu di Facebook, dia takkan mengaku salah walaupun sejuta orng memberikan fakta yg kuat utk mematahkan hujahnya. Sudahlah hujahnya longgar, perbincangan yg sepatutnya dikira habis itu akan dilanjutkan lagi di wallnya pulak. Dia akan terus mengungkit-ngungkit lagi mengenai isu tersebut sebanyak dan selama yg mungkin. Mengapikan-apikan rakan-rakan lain supaya menyokongnya. Maka jangan hairanlah kalau ayat kutukan dan carutan sesedap rasa sentiasa menjadi perencah utk menegakkan benang basahnya. 

Pada saya tak guna berkawan dengan mereka yang sebegini negatif. Takkan dapat faedah apa pun daripadanya. Kalau jumpa orang begini, ucapkan saja Selamat Jalan Romeo kepadanya. n 

Sesungguhnya mencari kebenaran itu lebih baik daripada mencari kemenangan....

Noktah. Finish. Muktamad. Game Over



Media sosial adalah bagaimana kita berinteraksi antara satu sama lain.

Sewaktu mula2 menggunakan Facebook dulu, saya menerima kesemua Friend Request yang diterima. Andai jika boleh dikembalikan masa, pastinya saya akan lebih memilih. Kini saya sudah belajar bahawa kualiti pastinya akan mengatasi kuantiti. 

Anggaplah Facebook sebagai platform yg baik utk kita menjalin persahabatan dan membina silaturahim. Kalau disalah guna, buruklah hasilnya. Yang penting keikhlasan kita. Gunakanlah ia dengan sebaik mungkin dan kita akan mendapat manfaatnya. 

Lebih utama adalah bagaimana kita memberi nilai yang terbaik untuk rakan-rakan dan sahabat kita, dunia dan akhirat.

SAHABAT YANG BAIK ITU LEBIH BAIK DARI BERSENDIRIAN DAN BERSENDIRIAN ITU LEBIH BAIK DARI SAHABAT YANG BURUK 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...