Assalammualaikum......
Entry ni bkn la utk menghentam sesiapa atau mengata sesiapa tp kalau ada yg terasa atau b'kecil hati harap dmaafkn lah ye. Alasan2 ini juga sebenarnya di copy n paste dr blog org lain..... sekadar b'kongsi n utk muhasabah diri sendiri (boleh ke?)
Kat bawah ni alasan2 biasa yg kita dengar apabila kita menegur mereka yg enggan menutup aurat....
1. Semua yg tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
- yg pasti tak tutup aurat, confirm masuk neraka.
2. Tudung labuh pun macam baik sangat.Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
- Bila iblis xmahu ikut perintah Allah utk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu "Apahal plak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia" Samalah dgn tudung. Tudung pula yg dipersalahkn, "pakai tudung xsemestinya baik...bla...bla..."
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos!
- tak tersabit larangan dari Nabi utk seseorg yg bahkan baru masuk islam utk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurangnya dia insaf dan bertaubat sekarang.
3. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
- Adakah kau mendakwa hati kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
- Adakah kau berani menjamin bahwa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yg tinggi utk menahan godaan syaitan serta nafsu yg membuak-buak?
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
- Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
- Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dgn berpuasa sudah cukup utk menjamin kau kau masuk syurga?
8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
- Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dgn menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.
9. Apa yg kami pakai, ini antara kami dgn Tuhan.
- Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu dapan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem utk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
- Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
- Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la...
- Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
- Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam "Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yg berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar utk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Dimana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dgn lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu."
Alhamdulillah... inilah imej baru... aku kini berubah... ya, berubah dgn seikhlas hati, sepenuh jiwa tanpa ada paksaan dari mana2 pihak....
dengan niat dan nekad utk berubah apabila usia semakin meningkat....
bahgia bersama suami n anak2....
walau masih ada impian belum tercapai tp separuh hidup ku diterangi cahaya yg membuka pintu hati utk berubah......
hopefully berubah selamanya....seikhlas hati
No comments:
Post a Comment